1. TUJUAN
1.1 Tujuan Bahagian Dua ini ialah untuk memberi pemahaman tentang hala tuju Amalan 5S di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Keperluan IKBNSI mempraktikkan Amalan 5S merupakan satu usaha untuk menzahirkan IKBNSI mempunyai sumber manusia jauhari yang berupaya mempamerkan kecekapan dan keberkesanan mewujudkan identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang berkualiti. Keupayaan ini akan memaparkan imej korporat IKBNSI yang sentiasa di perkasa menerusi keupayaannya dalam proses penambahbaikan secara berterusan untuk:
2.1.1. Merangsang persekitaran kerja yang bersih, kemas dan selamat untuk keberkesanan operasi
2.1.2. Penjimatan, pengurangan dan mengelakkan pembaziran; dan
2.1.3. Menjana semangat kerja berpasukan dalam organisasi.
2.1.4. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, Amalan 5S ini merupakan salah satu bentuk pelaburan jangka panjang IKBNSI untuk memastikan IKBNSI terus teguh (resilient) menghadapi cabaran-cabaran persekitaran dan ekspektasi pelanggan, dipercayai (build trust), menggembirakan pelanggan (delighting customers) serta mempunyai reputasi sebagai sebuah organisasi contoh atau model kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.
2.1.5. Pembentukan hala tuju pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI adalah sejajar dengan
2.1.5. Pembentukan hala tuju pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI adalah sejajar dengan
hala tuju Korporat IKBN yang sedang dikuatkuasakan kini.
3. HALA TUJU AMALAN 5S IKBNSI
3.1 Polisi Amalan 5S IKBNSI
3. HALA TUJU AMALAN 5S IKBNSI
3.1 Polisi Amalan 5S IKBNSI
Kami Warga IKBNSI akan sentiasa memastikan Amalan 5S dilaksanakan secara berterusan dengan mengamalkan budaya kerja berpasukan dan berdisiplin bagi mencapai perkara berikut:
- Meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.
- Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan kondusif.
- Menguruskan sumber dengan bijaksana.
- Mewujudkan budaya Kaizen (budaya kerja berterusan) dalam kalangan Warga IKBNSI.
- Melahirkan pelajar yang mahir, berketerampilannya dan kebolehpasaran.
3.2 Slogan Amalan 5S IKBNSI
C.I.K – Cemerlang, Indah dan Kondusif
C.I.K – Cemerlang, Indah dan Kondusif
3.3 Logo Amalan 5S IKBNSI
3.4 Model Amalan 5S IKBNSI
Model Amalan 5S – Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal - IKBN melalui pendekatan Rancang (Plan), Laksana (Do), Semak (Check) dan Tindakan (Action)- (PDCA) bagi mencipta nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan IKBNSI dengan konsisten dalam persekitaran berkualiti.
3.5 Visi Amalan 5S IKBNSI
Menjadikan IKBN Seri Iskandar sebagai institusi unggul yang mengamalkan 5S dalam melahirkan tenaga kerja mahir.
3.6 Misi Amalan 5S IKBNSI
Mengimplementasikan Amalan 5S sebagai amalan yang mendorong warga IKBN Seri Iskandar dalam memberikan perkhidmatan yang sistematik, efisien dan berkualiti.
3.7 Objektif Amalan 5S IKBNSI
3.7 Objektif Amalan 5S IKBNSI
Memastikan pengurusan Amalan 5S yang cekap dan berkesan bagi mencapai ciri-ciri kualiti di tempat kerja seperti berikut:
3.7.1 Persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas dan selamat;
3.7.2 Pengurusan operasi organisasi menjadi mudah,cekap dan telus;
3.7.3 Penggunaan ruang kerja yang optimum;
3.7.3 Penggunaan ruang kerja yang optimum;
3.7.4 Peningkatan semangat kerja berpasukan;
3.7.5 Peningkatan kecekapan sistem penyampaian; dan
3.7.6 Peningkatan imej korporat organisasi.
3.7.7 Pengurangan rungutan pelanggan;
3.7.8 Pengurusan aset, stor dan dokumen yang lebih berkesan;
3.7.8 Pengurusan aset, stor dan dokumen yang lebih berkesan;
3.7.9 Penggunaan kaedah dan piawaian urusan kerja yang jelas;
3.8 Pendekatan Pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI
Pendekatan pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI memfokuskan kepada fasa-fasa berikut:
3.8.1 Komitmen kepimpinan pengurusan
Komitmen pengurusan yang jitu dan konsisten meliputi penglibatan dalam merancang, melaksana, memantau dan mengkaji semula pelaksanaan Amalan 5S dari semasa ke semasa bagi mewujudkan suasana kerja yang berkualiti dan produktif.
3.8.2 Kesedaran amalan terbaik 5S
Mempelbagaikan program kesedaran dan pendedahan mengenai pelaksanaan Sistem Amalan 5S menerusi latihan yang berjadual.
3.8.3 Melatih anggota organisasi
Mengadakan program dan aktiviti berbentuk pengkaryaan ilmu dan pengalaman kepada seluruh warga IKBNSI secara berjadual.
3.8.4 Penyertaan menyeluruh
Penglibatan seluruh warga IKBNSI dalam melaksanakan Sistem Amalan 5S yang konsisten dan mengekalkan keseragaman dan ruang kerja yang kondusif, selamat dan ceria. Pendekatan P.D.C.A digunakan dalam pelaksanaan program.
3.9 Warna Penandaan
3.9.1 Tujuh warna yang digunakan dalam logo mewakili 7 hari dalam seminggu. Putih mewakili Isnin, merah mewakili Selasa, biru mewakili Rabu, ungu mewakili Khamis, hijau mewakili Jumaat, hitam mewakili Sabtu dan kuning mewakili Ahad. Ini membawa maksud amalan 5S perlu dijalankan setiap hari dari semasa ke semasa tanpa mengira hari.
3.9.2 Maksud penggunaan warna dalam logo.
· Putih melambangkan permulaan untuk amalan 5S. Segala amalan bermula dengan sehelai kertas putih, pembentukan di atasnya adalah usaha ahli – ahli.
· Merah bermaksud tindakan melaksanakan dan galakan yang diberi oleh pihak pengurusan. Dengan semua ini, semangat untuk melaksanakan sesuatu yang baru akan membara.
· Biru melambangkan kerjasama dan perpaduan daripada semua pihak untuk melaksanakan amalan 5S.
· Ungu melambangkan sikap berdikari dan juga pertimbangan yang baik dalam melaksanakan sesuatu perkara.
· Hijau mewakili semangat untuk mempelajari, membangunkan dan menerapkan unsur – unsur yang berguna untuk membangunkan amalan 5S dalam institut secara harmoni.
· Hitam melambangkan kejituan semangat amalan 5S dalam institut.
· Kuning mewakili kebijaksanaan, intelek serta kemegahan.
3.9.3 Maksud simbol yang digunakan dalam logo
Simbol bunga diterapkan dalam logo supaya mengingatkan warga IKBNSI bahawa kitaran 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal perlu dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan persekitaran yang sistematik, efisien dan berkualiti.
3.10 Ciri Keutamaan Amalan 5S di IKBNSI
3.10.1 Beridentitikan imej korporat yang mempamerkan persekitaran berkualiti iaitu kebersihan, kekemasan dan keselamatan;
3.10.2 Perkongsian sumber (masa, tenaga, kewangan dan ilmu);
3.10.3 Hubungan harmoni dalam organisasi;
3.10.4 Kreatif dalam penggunaan sumber; dan
3.10.5 Penjimatan pelaksanaan dengan tiada pembaziran dalam penggunaan sumber (barangan kitar semula, masa, tenaga, kewangan dan ilmu).
3.10.2 Perkongsian sumber (masa, tenaga, kewangan dan ilmu);
3.10.3 Hubungan harmoni dalam organisasi;
3.10.4 Kreatif dalam penggunaan sumber; dan
3.10.5 Penjimatan pelaksanaan dengan tiada pembaziran dalam penggunaan sumber (barangan kitar semula, masa, tenaga, kewangan dan ilmu).
3.11 Penumpuan Persekitaran Berkualiti
Empat (4) aspek generik persekitaran berkualiti diberi penumpuan di IKBN, iaitu:
3.11.1 Persekitaran tempat kerja yang selamat;
3.11.2 Persekitaran tempat kerja yang kemas dan bersih untuk keselesaan pelanggan dalaman dan luaran;
3.11.3 Pengurusan fail dan stor yang cekap dan berkesan; dan
3.11.4 Mengamalkan semangat kerjasama dan kerja berkumpulan.
3.12 Kunci Kejayaan Pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI
Kunci utama kejayaan pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI seperti berikut:
3.12.1 Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan;
3.12.2 Penyertaan dan penglibatan setiap individu di IKBNSI secara berterusan; dan
3.12.3 Pelaksanaan secara berterusan – Kitaran P.D.C.A
4. PENUTUP
Secara keseluruhan, kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan persekitaran berkualiti menjadikan IKBNSI sebuah organisasi yang mempunyai persekitaran tempat kerja yang bersih, tersusun dan bersistematik serta selamat. Melalui Amalan 5S, warga IKBNSI secara bersama akan membina disiplin dan etika kerja yang baik bagi menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan