Selasa, 8 April 2014

KEMPEN JOM JIMAT

Kempen Jom Jimat merupakan program utama yang dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada tahun 2013. Inisiatif penganjuran program ini dibuat dalam usaha membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar. Kempen Jom Jimat mensasarkan untuk mengurangkan kos operasi IKBN Seri Iskandar dengam mempraktikkan budaya berjimat cermat terutamanya dalam penggunaan tenaga elektrik, air dan bekalan kertas. Kempen ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
 
 
OBJEKTIF
 
  • Pengurangan penggunaan tenaga elektrik, air dan bekalan kertas akan membawa kepada penjimatan kos pengurusan organisasi
  • Memberi impak positif ke atas produktiviti dan daya saing
  • Meningkatkan kecekapan dan saling mengingati sesama warga IKBN Seri Iskandar
  • Membantu mengekalkan persekitaran sihat dan selamat untuk generasi masa hadapan
  • Meningkatkan imej institut / organisasi
  • Penggunaan Sumber
  • Meningkat semangat kerjasama
MEMFOKUSKAN KEPADA TIGA(3) ISU UTAMA
  • ELEKTRIK
  • AIR
  • KERTAS
ELEKTRIK

  • Memadamkan lampu apabila meninggalkan bilik dan ruang pejabat
  • Menghidupkan penyaman udara sekiranya perlu sahaja
  • Memastikan komputer dan peralatan ICT hanya dipasang apabila perlu dan dimatikan sekiranya tidak digunakan
  • Memastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan pejabat
  • Memastikan pintu dan tingkap sentiasa tertutup untuk mengelakkan udara sejuk keluar

AIR

  • Mengawal penggunaan air dan sentiasa berjimat cermat
  • Memastikan paip air ditutup dengan rapat setelah digunakan
  • Berwuduk mengikut sunnah Rasulullah yang menggunakan air semiminum mungkin
  • Menggunakan " flush" sekiranya perlu sahaja
  • Memaklumkan pihak berkenaan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran



KERTAS

  • Mencetak atau membuat salinan dokumen sekiranya perlu sahaja
  • Mencetak menggunakan kedua-dua belah muka
  • Menggunakan kertas yang terpakai semasa mencetak dokumen tidak rasmi
  • Menggunakan sepenuhnya sistem aplikasi secara online untuk mengurangkan penggunaan kertas
  • Menggunakan mel elektronik untuk urusan rasmi


1 ulasan: