Rabu, 8 Julai 2015

SOP ETIKA MAKMAL KOMPUTER


LOGO EKSA IKBN SERI ISKANDAR

MAKNA LOGO EKSA

7 WARNA MEWAKILI 7 HARI DALAM SEMINGGU. PUTIH MEWAKILI ISNIN, MERAH MEWAKILI SELASA, BIRU MEWAKILI RABU, UNGU MEWAKILI KHAMIS, HIJAU MEWAKILI JUMAAT, HITAM MEWAKILI SABTU DAN KUNING MEWAKILI AHAD.
INI MEMBAWA MAKSUD EKSA INI KENA DIJALANKAN SETIAP HARI DARI SEMASA KE SEMASA TANPA MENGIRA HARI. DENGAN INI EKSA BARU DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA.
 
BENTUK BULAT YANG KITARAN EKSA PERLU DIAMALKAN SECARA BERKITARAN MANAKALA BENTUK KINCIR ANGIN DI DALAM MELAMBANGKAN KITARAN AMALAN 5S YANG DIJALANKAN DARI MASA KE SEMASA SECARA BERKITARAN
MERAH BERMAKSUD TINDAKAN MELAKSANAKAN DAN GALAKAN YANG DIBERI OLEH PIHAK PENGURUSAN. DENGAN SEMUA INI, SEMANGAT UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU BARU AKAN MEMBARA.
BIRU MELAMBANGKAN KERJASAMA DAN PERPADUAN DARI SEMUA PIHAK UNTUK MELAKSANAKAN EKSA
KUNING MEWAKILI KEBIJAKSANAAN, INTELEK SERTA KEGEMBIRAAN UNTUK KECERIAAN SUASANA KERJA DI DALAM IKBNSI.

HIJAU MEWAKILI SEMANGAT UNTUK MEMBELAJARI, MEMBANGUNKAN DAN MENYERAPKAN UNSUR-UNSUR YANG BERGUNA UNTUK MEMBANGUNKAN AMALAN 5S DALAM INSTITUT SECARA HARMONI DAN JUGA MELAMBANGKAN AMALAN GO GREEN DI DALAM IKBNSI.

UNGU MELAMBANGKAN SIKAP BERDIKARI DAN JUGA PERTIMBANGAN YANG BAIK DALAM MELAKSANAKAN SESUATU
HITAM MELAMBANGKAN KESTABILAN AMALAN EKSA DALAM INSTITUT

PUTIH MELAMBANGKAN PERMULAAN UNTUK AMALAN EKSA. SEGALA AMALAN BERMULA DENGAN  SEHELAI KERTAS PUTIH, PERBENTUKAN DI ATASNYA ADALAH USAHA AHLI-AHLI

Selasa, 31 Mac 2015

TINDAKAN PELAKSANAAN EKSA

Penekanan terhadap pelaksanaan EKSA 5S ini terbahagi kepada 22 kategori utama yang merangkumi keseluruhan persekitaran tempat kerja di IKBN Seri Iskandar iaitu:-

1. Komponen Generik (AD-IKBNSI-01)

2. Ruang Kerja / Bilik Pegawai (AD-IKBNSI-02)

3. Stor (AD-IKBNSI-03)

4. Bilik Fail (AD-IKBNSI-04)

5. Bilik Pemandu dan Bilik Cetak (AD-IKBNSI-05)

6. Lobi, Kuanter Utama, Ruang Menunggu dan Kawasan Persekitaran Pejabat (AD-IKBNSI-06)

7. Laluan Utama dan Koridor (AD-IKBNSI-07)

8. Bilik Mesyuarat (AD-IKBNSI-08)

9. Laluan Utama dan Koridor (AD-IKBNSI-09)

10. Perpustakaan (AD-IKBNSI-10)

11. Surau (AD-IKBNSI-11)

12. Kif (AD-IKBNSI-12)

13. Tandas (AD-IKBNSI-13)

14. Dewan Makan dan Kafetaria (AD-IKBNSI-14)

15. Bengkel dan Bilik Kuliah (AD-IKBNSI-15)

16. Asrama (AD-IKBNSI-16)

17. Dewan (AD-IKBNSI-17)

18. Gelanggang / Padang / Gimnasium (AD-IKBNSI-18)

19. Garaj Kenderaan (AD-IKBNSI-19 )

20. Premis Perniagaan (AD-IKBNSI-20)

21. Bilik Sakit (AD-IKBNSI-21)

22. Lain-lain Lokasi (AD-IKBNSI-22)
 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM SEKTOR AWAM (EKSA) IKBN SERI ISKANDAR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR
 
 
1. TUJUAN
 
    Garis panduan secara minima kepada warga IKBNSI dari aspek kebersihan, kekemasan 
    dan keselamatan bagi melaksanakan EKSA secara menyeluruh.
 
2. LATAR BELAKANG
 
    Imej Korporat yang dipamerkan dalam pelaksanaan EKSA IKBNSI ialah seperti berikut:-
 
    2.1.   Persekitaran semua peringkat ruang pejabat sentiasa pada tahap yang bersih,    
             kemas dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.
 
     2.2.    Keseragaman Pelabelan:-
 
              2.2.1.  Tidak keterlaluan dan memudahkan kecapaian serta bermaklumat
 
             2.2.2.  Tulisan (font) Arial dan di Bold   
 
             2.2.3.  Saiz minimum tulisan (font) Arial Black 18 (Kesesuaian saiz mengikut kate
                         gori pelabelan);
 
             2.2.4.  Saiz keluasan label : panjang x lebar minimum 1cm x 1cm
 
             2.2.5.  Warna pelabelan (laminate bagi yang kesesuaian) seperti berikut:-
 
                        i. Sektor 1 : Merah ( Red ) - Orkid
 
                       ii. Sektor 2 : Ungu ( Purple ) - Lavender
 
                      iii. Sektor 3 : Kuning ( Yellow ) - Sunflower
 
                      iv. Sektor 4 : Hijau ( Green ) - Phalaenopis
 
                       v. Sektor 5 : Biru ( Blue ) - Blue Iris
 
            2.2.6. Material adalah bersesuaian
 
   2.3.  Terkeluar dari persepsi persekitaran taska atau tadika
 
   2.4. Keseragaman warna penandaan
 
   2.5. Keseragaman material